Sebelum tu, saya nak kongsi sikit latar belakang Highland Tower.. Mungkin ramai yang x tahu kisah di sebalik banggunan tinggal yang terletak di Ulu Klang, Selangor ini...
Tragedi Highland Towers
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3
blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.
Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan
terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban
dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok
pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
Punca runtuh
Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan
Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir
, banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan
yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok
penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa
menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan
kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.
Lepas je saya baca kisah2 highland tower ni saya rasa tertarik nak pegi tengok kawasan sini..dah alang ada dekat KL..saya pun gerak la dengan kawan2 naik kereta ada, moto pun ada..sebenarnya ada niat lain..hehe..saya memang minat dengan perkara mistik dan paranormal ni..so, bila saya dengar macam2 kisah tentang banggunan tinggal highland tower ni, saya rasa tertarik untuk pergi di samping tu nak pegi melawat jugak la..sebab x penah samai kan..kitorang gerak dari gombak masa tu hampir2 pukul 12 malam..kitorang sampai sana dalam pukul 1 pagi..memang dah masuk fly over nak ke highland tower tu pun nak rasa seram sejuk je..tapi excited..semangat..hehe..dah sampai sana kitorang baca2 sikit ayat2 suci Al-Quran sebagai pendinding diri & untuk kuat semangat..Alhamdulillah kitorang selamat naik ke salah satu blok dari dua blok yang tggl tu...banggunan tu ada 12 tingkat..biasa la banggunan tinggal kan mana la ada lif..hehe..panjat la naik tangga sampai pen house atas tingkat 12..memang boleh slim kalo naik tiap hari..pemandangan memang cantik dari situ..boleh tengok pemandangan bandar KL...memamng la cantik sebab tu la masa zaman kegemilangan Highland Tower ni dulu dikenali pangsapuri mewah pada masa tu..orang yang elit2 saja tinggal kat sini..saya selitkan la beberapa picture semasa kami dekat sana...maaf la ye kitorang x bawak kamera..ada pun hanphone cikai je amek gambar..gambar kurang kualiti lah :)
Ini pemandangan KL dari tingkat 12
Salah sorg dari member saya ALif tingkat 12
Ini Pemandangan KL lagi dr top..cantik kan :)
huuuu...muka yang kelemauan dan kelesuan panjat tingkat 12..hehe
My friend :)
Kawasan sekitar Highland Tower :)
Setelah turun dari Highlad Tower kitorang tertarik untuk masuk ke sebuah banglo besar tinggal yang terletak di hadapan highland tower...ada kisah di sebalik banglo besar mewah ni..ada la orang yang cakap owner banglo ni kena bunuh la dan bermacam2 lagi kisah dari lain mulut, lain la cita..saya pun x tahu kesahihan kisah sebenar banglo ni..
Setelah selesai semua, kitorang pun turun lah ke bawah lepak sekejap, sambil berkongsi cerita dan perasaan setelah naik kesana...Alhamdulillah semua turun dengan sekamat tanpa ada histeria dan sebagainya...Apapun ada juga beberapa orang kawan saya yang terkena gangguan semasa kitorang dekat atas highland tower tu..ada yang kena tiup dekat telinga, ada yang terbau wangi, ada yang kena cuit, ada yang kena tarik baju, ada yang kena sentuh tangan dengan benda sejuk..wallahuaalam la..tapi semuanya senyap sebab kalo buat kecoh nanti semua lari lintang pukang x ke bahaya..sebab atas highland tower tu tangga dia dah x ada pemegang, memang kalo jatuh, jatuh terus ke bawah..ada yang tangga dah retak & berlubang...Lubang ruang Lif yg kosong dr tingkat 1 smpai 12..nasihat saya kepada semua kalau nak berkunjung ke sana pakai lah kasut sebab banyak paku & kaca..jangan pakai seliper..bahaya :)
Selain tu prepare la bersama dengan diri tu bekalan..bukan bekalan doa & ayat suci Al-Quran saja, kena prepare la sebatang kayu ke spanar ke sebab situ memang ada penagih dadah ( mat gian ) kalo korang prepare at least kalo kena serang pun korang ada senjata nak pertahankan diri..dan bila korang dah nak balik tu jangan la terus balik ke rumah, singgah la dulu di kedai minum2 dulu ke sebab takot ada tetamu x diundang mengikut..hehe..apa pun pengalaman ni memang pengalaman terbaik dalam hidup saya...sapa2 yang ada maklumat lagi tentang tempat2 mistik ni bagitahu la saya..ya..kita pergi sama2..hehe :) sekian tu ja dari saya..maaf lah kalo korang baca ni buat korang mengantuk ke bosan ke apa ke kan..all the best..salam ramadhan n jazakallah terima kasih kerana berkunjung ^_^