
Assalamuaalaikum..ahaaa..Alhamdulillah panjang lagi umur kita untuk bertemu dalm blog ini ^_^ humm...hari ni gatal betul mata sebab selsema..dah merah mata ni asyik gesel dngan tangan je..xpa2...mungkin semua ni dugaan Allah ataupun Alllah saja nak ampunkan dosa kita...mudah-mudahan..aminnn ^_^
Entri skali ni sebenarnya niat di hati tu nak berkongsi bagaimana nak menjadi lelaki atau suami yang zero ego dalam dirinya....I think semua orang tahu lelaki ni memang terkenal and akrab la dengan sifat ego ni kan..hehe..pada kaum lelaki jangan nak boikot blog ni ye..hehe..saya pun lelaki tau..ego ni ada banyak ketika dan situasi...kalau dalam rumah tangga kebanyakan lelaki menganggap bahawa tugasan di rumah tu semuanya tugasan isteri..lelaki dengan egonya tidak mahu membantu langsung isteri dekat rumah sbb bagi diorang bila buat kerja perempuan ni leceh la, malu la, orang nampak la, nanti orang anggap kena buli dengan isteri la, queen control la and macam2 lagi sebab la...semua alasan yang agak silly tu sebenarnya nak menutup sifat ego yang tinggi dalam diri mereka...btol x kaum lelaki semua...hehehe..peduli la apa orang nak cakap...

Actually bukan ke membantu isteri ni boleh mengeratkan lagi kasih sayang sesama suami isteri..kesian tau dekat kaum perempuan..diorang pun bekerja jugak siang hari..lepas tu balik rumah nak mengemas rumah, nak memasak, nak melayan anak2, nak mencuci itu ini lagi, tu belum lagi nak kira sekali dengan anak kecil..apa salahnya kita sebagai lelaki yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai golongan yang kuat dan gagah berbanding wanita...lelaki cuma kerja, lepas tu balik rehat, isteri kena pulak nak kena jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri suami balik....diorang yang penat mengandung, sakit bersalin, kita x sakit apa pun kan..dalam islam pun menegaskan yang tugasan isteri dalam rumah tangga hanya lah melayan suami di tempat tidur..selain tu semua adat yang kita praktikkan sejak dulu...apa kata kita semua lelaki mansuhkan adat yg sedia ada tu ^_^

Sekali sekala bantu la isteri dekat dapur...kalau dapat buat selalu lagi baik..pahala besar tau...kalau x pandai masak, cuba la bantu potong2 sayur ke, cuci pinggan ke..alaaa...x leceh la kerja ni...x mau ke isteri semakin sayang dekat kita? hehe...mesti diorang rasa disayangi, rasa ada orang care, rasa dicintai, dikasihi and diorang mesti bahagia sangat3 =))) kalau isteri cuci baju kita tolong la sidaikan..x pun tolong angkat di jemuran ^_^ hehe...biar la jiran ke sapa2 pun nampak..peduli kan je...janji kita bahagia ^_^ x kacau orang lain pun kan...pikir kan pasal orang lain bukan dapat apa...tolong isteri lagi baik..macam2 dapat ^_^
Mengemas rumah pulak apa kata hari2 minggu bantu isteri mengemas rumah...lain la kalau rumah korang ada maid kan ^_^ tolong isteri baru la jadi suami yang romantik...hehe
sebenarnya perempuan ni kuat tau..jangan anggap diorang lemah sebab dalam Al-Quran mengatakan diorang lemah..Diorang lemah dari segi kelakuan..lemah lembut, sopan dan sebagainya...kalau kita kuat cuba kita tukar tugasan dengan isteri...sehari pun dah cukup suami buat kerja yang isteri buat kat rumah...ada brani ke???? hehe...confirm mengeliat punya.. So kalu betul kita cintakan isteri kita, bantulah diorang,ringan kan beban diorang...x susah pun...sekurang2nya kita dah membantu meringankan beban diorang, dapat mengeratkan lagi hubungan kasih ayang dalam rumah tangga, dapat saham akhirat lagi pahala buat bekalan..
Malam2 kalau baby nangis buang air ke lapar ke...bantu la isteri...kesian tau siang banyak kerja...belajar2 tukar lampin, bancuh susu dan sebagainya...cuba kita perhatikan rutin harian isteri...waktu mana yang dia dapat rehat???
selepas anak...selepas suami tidur kan??lepas tu esok nak kena bangun awal lagi sediakan keperluan anak2, suami, denagn kerja lagi...kesian kan...
Jadi kaum2 adam semua yang gagah perkasa, buang jauh2 sifat ego anda untuk membantu yang tersayang ^_^ itu saja nukilan dari sya kali ini....hehe...maaf ya kepada yang terasa..
k assalamualaikum ^_^